Logo

MoRA PCKSA Exam Result NOVEMBER 2017

Terms & Conditions


Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei dan dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama agensi-agensi berikut:
  • DST Communications Sdn Bhd (DSTCom) sebagai penyedia Perkhidmatan telefon mudah alih.
  • Progresif Cellular Sdn Bhd (PCSB)sebagai pembekal perkhidmatan telefon mudah alih.
  • Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) sebagai fasilitator teknikal dalam menyediakan pembangunan, integrasi aplikasi keputusan dengan sistem SMMP penyedia-penyedia perkhidmatan telefon mudah alih dan penyediaan perkhidmatan SMS.

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar, ibu bapa dan penjaga (kemudian disebut sebagai pelanggan) dan adalah terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah:
  • Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan DSTCom dan PCSB.
  • Pelanggan dikehendaki mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini.
  • Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web KHEU di WWW.kheu.gov.bn atau melalui perkhidmatan SMS.
  • Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS kepada pelanggan tanpa sebarang kos kepada pelanggan.
  • Ini hanyalah satu proses pendaftaran, keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan.
  • Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memasukkan maklumat yang betul semasa pendaftaran dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan syarikat-syarikat yang terlibat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa maklumat yang dimasukkan dengan salah, bagaimanapun langkah akan diambil dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan kemasukan data yang salah.
  • Setiap keputusan peperiksaan SMS yang dihantar kepada pelanggan akan dikenakan bayaran pada kadar B$1.00 bagi setiap keputusan Peperiksaan SMS yang diterima.
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama dan syarikat-syarikat yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelambatan atau penghantaran keputusan peperiksaan SMS yang tidak berjaya yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
    • Telefon bimbit yang dimatikan
    • Kredit yang tidak mencukupi
    • Kegagalan rangkaian
    • Kesesakan rangkaian
    • Bencana Alam
  • Pelanggan-pelanggan pra-bayar telefon mudah alih adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pelanggan mempunyai kredit yang mencukupi untuk menerima keputusan peperiksaan SMS, kredit yang tidak mencukupi akan menyebabkan keputusan peperiksaan SMS tidak dapat dihantar kepada pelanggan.
  • Keputusan peperiksaan SMS ini adalah hak milik Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan itu penghantaran balik keputusan peperiksaan SMS kepada pelanggan-pelanggan lain adalah tidak dibenarkan.
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama dan syarikat-syarikat yang terlibat akan memberikan usaha terbaik mereka untuk memastikan integriti keputusan SMS terjamin dan tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa penyebaran keputusan peperiksaan SMS melalui penghantaran balik keputusan peperiksaan SMS atau mana-mana kaedah lain yang di luar kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Click to Register Terms & Conditions (English)